Faktor Yang Mempengaruhi Harga Kabinet Dapur
Kabinet dapur merupakan satu keperluan asas untuk sebuah dapur bagi memastikan dapur sentiasa kemas dan barangan dapur dapat disusun dengan baik. Dapur yang kemas boleh menghilangkan keserabutan dan memberi ketenangan kepada tukang masak tak kira suami atau isteri. Mudah nak cari barang makanan, senang nak simpan pinggan dan mangkuk serta cawan. Harga atau kos kabinet dapur juga adalah elemen penting supaya dapat mengikut bajet yang telah ditetapkan.
Kos untuk membina satu kabinet bergantung kepada beberapa faktor yang boleh dikawal oleh pembeli. Perkara ini boleh dibincangkan dengan teliti dengan pihak pembekal kabinet. Kebiasaanya untuk The Cabinet Maker, kami akan bertanyakan berapakah bajet yang klien sediakan dan juga jenis kabinet yang diinginkan. Seterusnya kami akan cuba memberikan rekomendasi yang sesuai dengan keperluan klien.
Komponen Harga Kabinet Dapur Pertama : Jenis Panel Pintu Kabinet
Terdapat beberapa jenis panel pintu yang kami sediakan untuk pelanggan The Cabinet Maker, yang paling diminati adalah panel jenis MDF shaker door dengan kemasan spray paint, di ikuti panel melamine, nyatoh, dan aluminium glass. Dua jenis panel boleh dibuat kemasan cat adalah panel MDF dan nyatoh. Panel pintu yang basic adalah jenis melamine yang memberikan gambaran ruang dapur minimalis dan simple. Bagi mereka yang inginkan panel berkaca dengan binaan aluminium kami boleh sediakan kabinet jenis 4G atau 5G. Jika dilihat dari sudut harga dari yang paling mahal ke paling murah adalah nyatoh di tempat pertama diikuti, aluminium glass, MDF dan yang menjadi pilihan ramai adalah panel melamine.
Komponen Kedua Harga Kabinet Dapur : Saiz Ruang Dapur
Saiz dapur adalah berbeza mengikut desain yang sudah ditetapkan oleh developer pembinaan. Pemilik kondo kebiasaannya mereka akan memecahkan bahagian yard untuk menghasilkan dapur yang lebih besar. Pemilik rumah landed pula mereka akan membuat extension di bahagian dapur. Tak kira apa yang dibuat, perkara penting yang perlu dibincangkan dengan interior designer adalah merancang dapur supaya dibahagi kepada 5 zon yang optimum.
Bagi ruang dapur terhad di condo, biasanya ID The Cabinet Maker akan merancang supaya ruang kecil dapat dimanfaatkan dengan baik dan semua zon utama seperti zon penyimpanan, zon sink dan zon memasak dapat disediakan dengan baik.
Secara umumnya ruang minimum untuk memuatkan 3 zon utama ini adalah 12ft. Semakin besar ruang digunakan untuk membuat kabinet, semakin tinggi harga kabinet tersebut.

Komponen Ketiga : Aksesori Tambahan
Semua klien yang menempah kabinet dengan kami akan mendapat 4 aksesori PERCUMA iaitu sink, tap, 3 tier drawers dan juga stainless steel dishrack. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai lagi aksesori yang boleh ditambah mengikut keperluan dapur masing-masing. Di antara aksesori yang mendapat sambutan adalah spice rack/bottle rack, tall larder, mounted waste bin dan pull out basket. Harga aksesori ini bergantung kepada jenis dan juga saiz. Ada yang berharga bajet dan juga ada yang premium. Boleh pilih ikut kesesuaian dan keperluan. Boleh dapatkan katalog aksesori beserta harga daripada konsultan The Cabinet Maker.


Kesimpulan
Pembinaan dapur perlu dirancang dengan teliti sesuai dengan bajet yang telah ditetapkan. The Cabinet Maker menyediakan kalkulator ringkas yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan harga anggaran kasar mengikut saiz ruangan dapur yang ada. Bagi mendapatkan harga rasmi pihak kami menyediakan site visit dan quotation Percuma untuk semua pelanggan. Dapatkan nasihat daripada konsultan kami untuk merancang dapur di rumah anda. Boleh klik di bawah.