Pengubahsuaian dapur adalah satu projek yang boleh meningkatkan fungsi dan estetika rumah, tetapi terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan semasa proses ini. Berikut adalah beberapa kesilapan yang biasa terjadi yang boleh dielakkan dalam pengubahsuaian dapur:
Tidak Merancang Susunan Dapur dengan Baik
Tidak merancang susunan dapur dengan baik boleh menyebabkan aliran kerja yang tidak efisien. Konsep segitiga kerja (sink, dapur, dan peti sejuk) adalah panduan yang baik. Sementara itu ramai yang tidak mengira keperluan ruang penyimpanan yang cukup. Penting untuk mempertimbangkan ruang untuk perkakas, alatan memasak, dan bahan makanan. Boleh baca lanjut mengenai cara susunan dapur yang teratur di sini dan kepentingan design dapur mengikut zon.

Bajet yang Tidak Realistik
Selalunya kos pengubahsuaian akan melebihi bajet asal kerana terdapat perubahan reka bentuk di tengah jalan. Adalah penting untuk mempunyai bajet kecemasan. Menggunakan bahan yang murah dan kurang berkualiti untuk menjimatkan kos boleh menyebabkan kos pembaikan yang lebih tinggi di masa depan. Bagi mendapatkan anggaran kasar harga untuk kabinet anda boleh gunakan kalkulator kabinet dapur kami di sini.
Pemilihan Peralatan yang Tidak Sesuai
Memilih peralatan besar tanpa mempertimbangkan ruang yang ada boleh menyebabkan dapur menjadi sesak. Pastikan anda mendapat konsultansi daripada designer kabinet dapur sebelum anda membeli peralatan untuk memastikan ruang yang ada mencukupi.
Pencahayaan yang Tidak Cukup
Jika hanya bergantung pada satu sumber pencahayaan utama tanpa tambahan pencahayaan di bawah kabinet atau di kawasan kerja boleh menyebabkan kawasan dapur menjadi gelap dan kurang efisien. Ada segelintir yang inginkan lampu gantung di bahagian dapur, namun harus diingatkan untuk memilih yang sesuai kerana ada segelintir lampu menjadi magnet habuk.

Pemilihan Warna dan Bahan yang Tidak Praktikal
Warna yang sesuai untuk kabinet dapur adalah warna neutral seperti hitam, putih, atau warna kayu terang, sesuai untuk dikombinasikan dengan pelbagai warna dinding. Harus di ingatkan juga, untuk ruangan dapur yang agak kecil, pilihan warna putih atau terang harus diutamakan berbanding warna gelap supaya ruang nampak lebih luas. Namun jika dapur anda luas, penggunaan warna gelap tidak menjadi masalah.

Tidak Merancang Kedudukan Alatan Elektrik
Alatan elektrik seperti periuk nasi, penapis air, oven dan juga hood untuk memasak adalah beberapa alatan wajib ada di dalam dapur kita. Amatlah penting untuk memastikan kesemua ini dimasukkan ke dalam rancangan awal semasa proses membuat kabinet. Penyambungan plug elektrik ini biasanya akan dibuat terlebih awal supaya wayar dapat di buat dengan kemas di dalam dinding. Di The Cabinet Maker kami akan memastikan klien di berikan konsultansi sebaiknya mengenai susunan alatan eletrik dan juga keperluan plug.

Tidak Menggunakan Pakar
Melakukan pengubahsuaian sendiri tanpa pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi boleh menyebabkan masalah struktur dan keselamatan. Mengabaikan nasihat daripada pakar reka bentuk dalaman atau kontraktor profesional boleh menyebabkan hasil yang tidak memuaskan. Jika anda berminat untuk dapatkan konsultansi PERCUMA daripada team kami, boleh lawati showroom kami di Bangi Gateway atau terus whatsapp kami di sini.