Bila dapat sahaja kunci rumah, perkara utama yang kita akan fikirkan adalah design kabinet dapur apa yang sesuai untuk rumah. Kabinet dapur adalah kabinet paling utama dalam rumah, pakaian atau barangan lain boleh saja di simpan dalam kotak, namun untuk memasak dan membasuh pinggan perlukan kabinet dapur yang sesuai. Pengetahuan mengenai material kabinet dapur adalah amat penting bagi memastikan kita dapat menempah kabinet yang sesuai dengan citarasa dan juga bajet kita.
Kami akan cuba mudahkan anda belajar mengenai 4 jenis material kabinet dapur utama yang selalu ditempah oleh pelanggan beserta kelebihan dan juga kekurangan bagi setiap material.
Jenis Material Kabinet Dapur
Kabinet Dapur Melamine
Kelebihan utama melamine adalah kekuatan dan ketahanannya terhadap goresan, kotoran, dan haus. Permukaannya yang licin dan tahan lama menjadikannya mudah untuk dibersihkan dan dijaga. Selain itu, melamine mempunyai pelbagai corak dan juga warna yang anda boleh pilih di sini.
Walaupun lapisan melamine kalis air namun jika terdedah dengan kebocoran paip dan air yang melimpah boleh menyebabkan kayu ini rosak.
Kabinet dapur melamine adalah pilihan ramai disebabkan hasil yang menarik dan juga harga yang sangat berpatutan untuk rumah pertama.


Material MDF (High Moisture Resitance)
MDF (Medium-Density Fibreboard) diperbuat daripada serat kayu yang diproses menjadi papan padat dengan tekanan tinggi. Bahan ini sering digunakan kerana harganya yang lebih mampu milik daripada nyatoh solid wood. Panel MDF boleh dicat atau dilapisi dengan spray paint yang menjadikan kemasan lebih cantik. Permukaannya yang halus dan rata memungkinkannya untuk dicat dengan baik, memberikan hasil akhir yang bersih dan seragam.



Kabinet Dapur Nyatoh
Kayu Nyatoh adalah jenis kayu asli yang kuat dan tahan tekanan. Ini menjadikannya pilihan yang baik untuk pembuatan kabinet, memberikan kestabilan dan ketahanan yang baik. Kayu nyatoh atau solid wood memang menjadi pilihan bagi mereka yang meminati rekabentuk kabinet klasik dengan corak beralun pada panel pintu. Ia juga boleh bertahan dengan sangat lama memandangkan kayu asli diguna dalam proses pembuatan.
Ada dua pilihan finishing untuk panel jenis nyatoh, satu adalah menggunakan spray paint atau yang kedua menggunakan syelek. Bagi yang memilih menggunakan spray paint, ada kemungkinan akan berlaku sedikit cracking disebabkan panel nyatoh mengembang dan mengecut mengikut perubahan cuaca.


Pilihan panel pintu untuk kabinet dapur nyatoh solid wood
Panel 4G/5G Glass
Kabinet aluminium memberikan penampilan yang transparen dan terang, yang dapat membuat ruang kelihatan lebih luas dan teratur. Panel aluminium kaca juga senang dibersihkan dan dijamin kalis air. Dua pilihan kabinet yang menjadi pilihan adalah jenis 4G dan 5G.
Antara kekurangan panel aluminium kaca adalah ada kemungkinan akan pecah jika terhentak dengan kuat. Jika anda berhati-hati tiada masalah.


Diharapkan dengan sedikit informasi ini dapat membantu anda memilih kabinet yang sesuai untuk rumah anda. Jika anda perlukan bantuan lebih terperinci boleh dapatkan konsultansi PERCUMA dari team The Cabinet Maker. Boleh juga lawati showroom kami di Bangi Gateway untuk melihat dan pegang material secara fizikal.