Susun atur Kabinet Dapur Sistematik : Kaedah 5 Zon

Susun atur kabinet dapur merupakan elemen penting bagi memastikan setiap ruang dapur dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan semua barang serta peralatan di dapur dapat dicapai dengan mudah.

Kaedah ‘5 Zon’ akan membantu anda mengatur ruangan dapur untuk menjadikan hidup anda lebih mudah. Zon dapur ini disusun mengikut perkara yang anda gunakan di dapur anda seperti memasak, pembersihan, menyimpan makanan dan pinggan mangkuk.

Susun atur Kabinet Dapur 5 zon Utama

  • Zon penyimpanan makanan – Peti sejuk dan almari makanan
  • Zon penyimpanan bukan makanan – Almari dan laci tempat menyimpan peralatan makan, pinggan mangkuk, cawan dan gelas anda.
  • Zon mencuci – Sinki, ruang mengering pinggan ruang simpanan bahan pembersih.
  • Zon penyediaan – Meja kerja
  • Zon memasak – dapur masak, oven, cerek dan microwave

susun atur kabinet dapur
Cara susun atur kabinet dapur

Zon Penyimpanan Makanan

Zon penyimpanan makanan ini biasanya terdiri daripada kabinet peti sejuk dan juga kabinet tinggi untuk barangan kering. Letakkan makanan ruji anda di rak yang paling mudah dijangkau, dan gunakan rak yang lebih tinggi di almari untuk bahan yang tidak kerap anda gunakan. Oleh itu, pastikan seperti roti, bijirin, pasta dan beras, herba, rempah, minyak dan serbuk perasa ada di rak paling rendah.

Senarai barangan di zon ini

  • Beras dan roti
  • Rempah ratus
  • Kopi dan teh
  • Produk makanan kering

Zon Mencuci

Pastikan ruang penyimpanan pinggan mangkuk berdekatan dengan sinki. Biasanya di ruangan atas sinki akan diletak tempat pengeringan pinggan mangkuk (dishrack). Kemudian pinggan yang sudah kering boleh di simpan di tempat penyimpanan bahan bukan makanan. Ruangan bawah sink pula boleh digunakan untuk menyimpan penyembur cucian atau detergen untuk membasuh. Bahagian bawah sink hanya sesuai untuk penyimpanan barangan plastik kerana kebiasaannya ruang ini mempunyai kelembapan tinggi.

Zon Penyimpanan Bahan Bukan Makanan

Sekiranya anda dapat menyimpan pinggan mangkuk dan barang kaca anda di dekat sinki atau mesin basuh pinggan mangkuk anda, ia lebih mudah disimpan dan dapat mengurangkan risiko kerosakan. Simpan barang yang anda gunakan setiap hari seperti cawan, mangkuk bijirin, pinggan makan di kawasan mudah capai dan masukkan barang yang lebih besar seperti periuk dan kuali di kabinet bawah, berdekatan dengan dapur masak.

Zon Penyediaan Makanan

Anda mahu zon penyediaan makanan anda sedekat yang mungkin dengan dapur memasak anda. Kosongkan benda yang kurang penting di atas meja kerja sehingga anda mempunyai ruang untuk barang keperluan seperti pisau dan peralatan memasak yang paling kerap digunakan. Ruang ini juga diguna untuk menghiris, memotong dan mencampurkan untuk masakan. Jika boleh, letakkan bahan utama seperti minyak, garam dan gula di sebelah dapur memasak, jadi ketika anda tidak perlu bergerak jauh untuk dapatkan bahan masakan.

Zon Memasak

Anda harus memanfaatkan sepenuhnya tempat seperti dapur memasak dengan mengatur ruang simpanan di sekitarnya. Pastikan ada ruang kosong di sebelah dapur memasak anda untuk menyajikan makanan. Elakkan dari membawa kuali panas terlalu jauh supaya sebarang hal tidak diingini dapat dijauhkan.

Semoga kaedah 5 Zon ini sedikit sebanyak dapat membantu supaya susun atur kabinet dapur anda lebih teratur dan sistematik. Penggunaan dapur akan lebih selesa sekiranya barang yang anda perlukan mudah untuk dicapai apabila anda memerlukannya tanpa perlu mencari.

Semoga perkongsian kami di The Cabinet Maker ini dapat memberikan perspektif baru untuk anda mengenai penyimpanan barang dikawasan dapur.

Pastikan juga anda baca dengan teliti 3 faktor yang menentukan harga sesebuah kabinet yang hendak dibina.

Boleh tengok galeri kabinet kami yang sudah siap di bina. Boleh juga lawati showroom kami di Bangi Gateway.

Untuk dapatkan konsultansi dan sebut harga percuma klik di bawah