Ukuran Kabinet Anda Wajib Tahu Sebelum Tempah Kabinet

Kenapa anda perlu tahu ukuran asas kabinet?

Sebelum menempah kabinet biasanya tukang perabot akan bertanyakan ukuran ruang di rumah anda. Ruang ini akan menentukan saiz kabinet yang akan dibina di rumah anda. Adalah sangat penting untuk kita fahami ukuran asas dalam pembuatan kabinet supaya kita dapat membuat keputusan yang baik dalam proses membina kabinet idaman.

Ukuran asas kabinet

Ukuran asas kabinet memainkan peranan menentukan kos kabinet selain daripada 3 komponen yang menentukan harga kabinet . Ukuran asas ini bergantung kepada saiz dapur masing-masing. Kami akan terangkan ukuran asas yang semua perlu tahu sebelum mula menempah kabinet.

Base Cabinet

Base cabinet adalah asas utama kepada kabinet. Tinggi standard adalah 36 inch atau 3 kaki. Ketinggian ini boleh di ubah mengikut pilihan pelanggan. Jika tiada permintaan, tinggi yang standard akan dibuat. Kedalaman adalah 24 inch sesuai untuk masuk sink dan dapur serta oven.

Kabinet dapur

Wall Cabinet

Wall cabinet adalah kabinet di bahagian atas. Kabinet ini biasanya tempat letak bahan-bahan kering. Ada dua pilihan ketinggian; Full height yang kita selalu nampak dalam gambar kabinet atas sampai siling rumah dan juga standard height iaitu ketinggian biasa. Untuk full height ni bergantung kepada ketinggian siling. Kalau siling kita 9 kaki maka wall cabinet full height berukuran tinggi 4 kaki. Bagi wall cabinet standard height ukuran tinggi adalah 30 inch atau 2.5 kaki. Wall cabinet ini bermula 5 kaki dari lantai dan mempunyai kedalaman biasa 14 inch. Tidak sedalam kabinet bawah.

Full height cabinet

Ukuran kabinet – Table Top @ Worktop

Ada banyak pilihan worktop dari harga biasa hinggalah harga luar biasa contohnya marble dari Italy. Table top yang biasa di gunakan di Malaysia adalah jenis HPL (High Pressure Laminated). Jika ada bajet lebih boleh ambil jenis quartz atau granite yang akan bagi kemasan lebih cantik dan ketahanan lebih baik. Ukuran table top secara asasnya akan mengikut ukuran base cabinet.

U shaped cabinet

Tall Unit

Tall unit adalah tempat letak microwave atau oven. Kabinet tinggi dari lantai sampai ke siling. Kena pastikan ada plug point di kawasan yang akan dibina tall unit ni. Tall unit juga boleh digunakan untuk menyimpan barang-barang sebab ruang pun banyak. Ukuran biasanya 2 kaki panjang dan kedalaman sama dengan base cabinet.

cabinet with tall unit

Kalkulator Kabinet

The Cabinet Maker membina kalkulator yang mudah untuk digunakan oleh sesiapa sahaja bagi mendapatkan anggaran harga kabinet. Kalkulator ini boleh juga digunakan sebagai untuk membandingkan harga dengan pengilang kabinet yang lain.

Kira sendiri anggaran harga kabinet mengikut saiz dapur dan pilihan material anda menggunakan kalkulator kabinet oleh The Cabinet Maker atau boleh klik di bawah untuk terus berurusan dengan konsultan kami.