almari kabinet dapur

20 Jenis Almari Kabinet Dapur Untuk High Rise & Landed

Apabila bercerita mengenai ruangan dapur, salah satu komponen terpenting yang sering menjadi tunjang utama kepada fungsi dan gaya keseluruhannya sudah semestinya almari kabinet dapur. Ia bukan sekadar tempat menyimpan barang, tetapi turut memainkan peranan dalam menentukan kekemasan susun atur ruang, keselesaan semasa memasak, serta nilai estetika keseluruhan dapur anda. 

Pilihan jenis almari kabinet dapur yang salah bukan sahaja menjadi faktor pergerakan harian anda di ruangan tersebut terbatas, malah boleh menyebabkan ruang dapur menjadi sempit, tidak teratur dan menimbulkan rasa tidak selesa. Apa yang ramai tidak sedar, tidak semua jenis almari kabinet dapur sesuai digunakan untuk semua jenis rumah. 

Hal ini kerana, setiap jenis kediaman, sama ada rumah bertingkat tinggi seperti apartmen dan kondominium, ataupun rumah atas tanah seperti teres, semi-D dan banglo, mempunyai keperluan ruang, aliran udara dan susun atur yang berbeza. Oleh itu, pemilihan kabinet jika sekadar mengikut trend tanpa memahami keperluan sebenar rumah anda, boleh membawa kepada pembaziran ruang dan berkemungkinan melibatkan kos tambahan untuk ubahsuai semula ruangan tersebut.

“Berdasarkan kajian oleh National Association of Home Builders (NAHB), 5 ciri dapur yang paling diidamkan oleh pembeli rumah adalah sinki berkembar (81%), stor dapur jenis walk-in (81%), ruang makan di dapur (78%), island (77%) dan sistem penapisan air minuman (76%).

Artikel ini akan membincangkan jenis-jenis almari kabinet dapur yang sesuai untuk kediaman jenis high rise dan landed, lengkap dengan ciri-ciri serta kelebihan dan kekurangannya. Artikel ini juga akan berkongsi tips penting dalam memilih kabinet dapur yang bukan sahaja cantik, tetapi juga tahan lama dan berfungsi dengan baik.

Jenis Material Kabinet Dapur

Almari kabinet dapur ialah struktur binaan tetap atau modular yang digunakan untuk menyimpan barangan dapur seperti periuk, pinggan, bahan mentah, rempah dan perkakas elektrik kecil. Namun, ia bukan sekadar tempat simpanan semata-mata, tetapi turut menjadi elemen utama dalam menentukan gaya dan fungsi ruang dapur secara keseluruhan. 

Oleh itu, pemilihan material untuk kabinet dapur perlu diteliti dengan baik kerana ia akan memberi kesan terhadap ketahanan, kos, dan penampilan jangka panjang ruangan dapur anda. Berikut adalah empat jenis material yang sering digunakan di Malaysia:

Melamine Board

almari-kabinet-dapur-1

Melamine board ialah papan partikel atau MDF yang disalut dengan lapisan melamine resin untuk menjadikannya lebih tahan calar, kalis air dan mudah dibersihkan. Permukaannya kelihatan licin, moden dan datang dalam pelbagai warna serta corak termasuk kemasan menyerupai kayu.

Melamine board menjadi pilihan popular untuk pemilik rumah moden disebabkan harganya yang berpatutan dan mempunyai pelbagai variasi warna sebagai pilihan. Material ini sesuai untuk dapur jenis dry kitchen kerana permukaannya tidak menyerap air dan mudah disapu bersih jika terkena minyak atau tumpahan makanan.

Namun begitu, struktur dalaman material ini kebiasaannya diperbuat daripada papan partikel. Jika terdedah kepada air dalam tempoh lama atau jika terdapat kerosakan pada lapisan luar, air boleh meresap ke dalam dan menyebabkan papan mengembang atau reput. 

Oleh itu, penggunaan melamine board kurang sesuai untuk kawasan yang sentiasa lembab atau basah, seperti dapur basah yang tidak mempunyai pengudaraan yang baik.

Medium Density Fibreboard (MDF)

MDF ialah bahan komposit yang diperbuat daripada serbuk kayu halus yang dipadatkan dengan tekanan tinggi bersama gam resin. Ia menghasilkan permukaan yang rata, halus dan mudah dibentuk, menjadikan MDF pilihan utama untuk reka bentuk kabinet yang mempunyai ukiran atau panel berbingkai seperti gaya shaker.

Kelebihan material ini adalah ia memberikan hasil akhir yang kemas dan bergaya moden serta mudah untuk dicat atau dilapisi dengan PVC, akrilik atau laminate. MDF juga lebih murah berbanding kayu solid tetapi tetap kukuh jika dijaga dengan baik.

Walau bagaimanapun, MDF mempunyai kelemahan dari aspek ketahanan terhadap air. Jika terdedah kepada kelembapan berlebihan tanpa lapisan pelindung yang betul, ia mudah mengembang dan bakal merosakkan struktur kabinet. 

Oleh itu, MDF lebih sesuai digunakan untuk dry kitchen atau dapur yang tidak terdedah secara langsung kepada wap, air atau haba yang kuat.

Solid Wood (Nyatoh)

Solid wood seperti kayu nyatoh merupakan bahan tradisional yang dapat memberikan kesan mewah dan eksklusif pada kabinet dapur. Kayu nyatoh terkenal dengan tona warna merah-coklatnya, urat kayu yang terlihat cantik dan tekstur yang kukuh. 

Solid wood ini sering digunakan untuk rumah yang mengutamakan elemen semula jadi dan yang ingin menampilkan suasana dapur yang klasik, elegan dan tahan lama.

Kelebihan utama solid wood adalah kukuh dan tahan lama. Dengan penjagaan yang betul, kabinet dapur kayu boleh bertahan lebih daripada 10 hingga 15 tahun. Ia juga boleh dibaiki dan dicat semula jika rosak atau calar.

Namun begitu, harga solid wood ini jauh lebih mahal berbanding material lain. Selain itu, seperti sedia maklum, material kayu mudah terdedah kepada serangan anai-anai jika tidak dirawat dengan betul dan boleh berubah bentuk akibat perubahan suhu dan kelembapan.

Baca Juga: 29 Inspirasi Design Kabinet Dapur Nyatoh

Almari Kabinet Dapur High Rise

Untuk kediaman bertingkat seperti apartmen dan kondominium, saiz dapur yang lebih kompak memerlukan penyelesaian yang bijak dan boleh menjimatkan ruang. Berikut adalah jenis kabinet dapur yang sesuai untuk kediaman high rise:

1. Kabinet Dapur Linear (Single Wall)

almari-kabinet-dapur-2

Almari ini dipasang di sepanjang satu dinding sahaja, sangat sesuai untuk dapur kecil. Semua fungsi dapur berada dalam satu baris.

2. Kabinet Dapur Bertingkat (Vertical Cabinet)

almari-kabinet-dapur-3

Kabinet jenis ini direka tinggi sehingga ke siling, sesuai untuk simpanan maksimum walaupun ruang lantai terhad.

3. Kabinet Dapur Modular

Fleksibel dan mudah diubahsuai untuk penyusunan semula. Kabinet jenis ini sesuai untuk penyewa yang sering berpindah atau tidak mempunyai perancangan untuk menyewa lama di sesuatu tempat.

4. Kabinet Dapur Slim Aluminium

Kabinet ini mempunyai reka bentuk nipis dan ringan, tahan lama serta mudah dibersihkan dan sangat sesuai untuk gaya hidup urban.

5. Kabinet Dapur Warna Cerah

almari-kabinet-dapur-4

Warna seperti putih, beige atau pastel membantu menjadikan ruang dapur yang kecil dan sempit supaya kelihatan lebih luas dan bersih.

6. Kabinet Dengan Pintu Cermin (Mirror Cabinet) 

almari-kabinet-dapur-5

Cermin memberikan ilusi ruang yang lebih besar dan moden dan sangat sesuai untuk ruangan yang kecil terutamanya untuk anda yang tinggal di kawasan high rise.

7. Kabinet Minimalis Tanpa Pemegang (Handleless) 

almari-kabinet-dapur-6

Reka bentuk ringkas dengan sistem tolak atau magnetik ini sangat sesuai untuk dapur jenis kontemporari.

8. Kabinet Dapur Lipat (Foldable Cabinet)

Kabinet jenis boleh dilipat bila tidak digunakan ini sangat menjimatkan penggunaan ruang dan sesuai untuk unit studio atau dapur dengan ruangan yang kecil.

9. Kabinet Multifungsi (Built-in Storage) 

almari-kabinet-dapur-7

Kabinet jenis ini menggabungkan ruang simpanan, tempat masak dan sinki dalam satu unit kompak sekaligus dapat menjimatkan penggunaan ruang.

10. Kabinet Terbuka (Open Shelving Cabinet) 

almari-kabinet-dapur-8

Kabinet ini menerapkan konsep terbuka tanpa pintu yang sesuai untuk akses cepat dan gaya yang ringkas.

 

Almari Kabinet Dapur Landed

Rumah teres, semi-D atau banglo biasanya mempunyai ruang dapur yang lebih besar dan memberikan lebih banyak peluang untuk pemiliknya berkarya dengan memilih reka bentuk yang lebih kreatif dan mewah. Antara jenis almari kabinet dapur yang sesuai untuk rumah jenis ini adalah:

11. Kabinet Bentuk L (L-Shape) 

almari-kabinet-dapur-9

Jenis kabinet ini sesuai untuk dapur bentuk empat segi, membantu kerja-kerja di dapur menjadi lebih efisien.

12. Kabinet Bentuk U (U-Shape) 

almari-kabinet-dapur-10

Kabinet jenis ini sangat sesuai untuk keluarga yang besar kerana ia memberikan ruang maksimum untuk kerja memasak dan penyimpanan.

13. Kabinet Dengan Pulau (Island Cabinet) 

almari-kabinet-dapur-11

Kabinet ini terletaknya di ruangan tengah dapur. Ia kebiasaannya digunakan untuk tujuan memasak, makanan ringkas dan ringan atau sebagai boleh juga dijadikan sebagai ruangan bekerja tambahan.

14. Kabinet Kayu Solid (Solid Wood) 

almari-kabinet-dapur-12

Kabinet jenis ini menonjolkan gaya yang klasik dan tahan lama, sesuai untuk rumah mewah dan bertemakan rustic.

15. Kabinet Gaya Inggeris (English Country Style) 

almari-kabinet-dapur-13

Kabinet ini menawarkan reka bentuk dengan bingkai dan corak pintu yang elegan, sekaligus menimbulkan suasana kampung English yang moden.

16. Kabinet Dengan Pintu Kaca Frosted 

almari-kabinet-dapur-14

Jenis kabinet ini nampak elegan dan memperlihatkan sedikit visual barang di dalam perabot, sesuai untuk hiasan.

17. Kabinet Berlampu LED (Under Cabinet Light) 

almari-kabinet-dapur-15

Kabinet berlampu ini memberi pencahayaan lembut di bawah kabinet bagi menimbulkan suasana dapur yang selesa.

18. Kabinet Dapur Dua Tona (Two-Tone) 

almari-kabinet-dapur-16

Gabungan dua warna seperti putih dan kayu semulajadi memberikan sentuhan yang moden terhadap keseluruhan ruangan dapur.

19. Kabinet Dinding Penuh (Full Wall Cabinet) 

almari-kabinet-dapur-17

Jika anda mempunyai banyak perkakasan atau alatan dapur, kabinet ini sangat sesuai untuk anda. Hal ini kerana, kabinet jenis ini mampu menutup keseluruhan dinding dapur sekaligus berfungsi menyembunyikan barang-barang anda.

20. Kabinet Pintar (Smart Cabinet) 

Seiring perkembangan dunia moden, kabinet pintar ini dilengkapi sistem sensor, slow close, atau rak automatik, sesuai untuk rumah yang mahukan mengikut perkembangan teknologi terkini.

 

Cara Pilih Kabinet Dapur

Pemilihan kabinet dapur bukan hanya soal memilih reka bentuk yang cantik, tetapi ia juga melibatkan penilain yang praktikal terutamanya dari segi ruang, kegunaan harian dan jangka hayat bahan binaan. 

Sama ada anda menetap di rumah jenis high rise seperti kondominium, atau rumah landed seperti teres dan banglo, proses pemilihan kabinet dapur perlu dibuat dengan teliti agar ia benar-benar memenuhi keperluan dan gaya hidup anda. 

Berikut adalah tips penting cara memilih kabinet dapur yang sesuai dengan citarasa anda tanpa mengabaikan fungsi dan ketahanannya.

1. Ukur Saiz Dapur Anda

Langkah pertama dan paling penting adalah untuk dapatkan saiz dapur yang tepat. Ramai orang terlepas pandang perkara ini dan akhirnya memilih saiz kabinet yang tidak sesuai yang menyebabkan ruang dapur jadi sempit atau tidak dimanfaatkan sepenuhnya. 

Anda perlu ukur panjang dan lebar dapur, serta ambil kira kedudukan tingkap, pintu, paip air dan soket elektrik. Dengan ukuran yang tepat, barulah anda boleh tentukan jenis susun atur yang paling sesuai sama ada bentuk L, U, linear atau jenis gabungan dengan island. Ini juga penting untuk mengelakkan pembaziran ruang terutamanya di dapur kecil seperti di studio apartment.

2. Pilih Material Berkualiti

Material kabinet memainkan peranan besar untuk jangka masa panjang. Antara material popular termasuk melamine board yang mudah dijaga dan tahan calar, MDF yang sesuai untuk reka bentuk gaya moden, chipboard untuk bajet rendah, dan kayu solid seperti nyatoh bagi mereka yang mahukan ketahanan jangka panjang. 

Namun begitu, elakkan pilih material kabinet dapur anda hanya berdasarkan harga semata-mata. Sebaliknya, pilih bahan yang sesuai dengan lokasi pemasangan. Sebagai contoh, aluminium lebih sesuai untuk dapur basah kerana ia tidak menyerap air dan tahan lama walaupun sering terkena wap.

3. Pemilihan Gaya & Warna

Dapur bukan sahaja ruang untuk memasak, tetapi ia juga ruang yang memberikan ‘mood’ kepada seluruh isi rumah. 

Pemilihan gaya dan warna kabinet dapur boleh mempengaruhi suasana serta memberi ilusi ruang yang lebih besar atau mewah. Bagi dapur kecil, warna cerah seperti putih, beige atau pastel membantu pantulan cahaya dan menjadikan ruang kelihatan lebih luas. 

Manakala untuk dapur dengan saiz yang luas, anda boleh gunakan warna gelap atau kemasan kayu untuk tampak lebih elegan dan eksklusif. Dari segi gaya, dapur moden biasanya menonjolkan garis bersih dan permukaan licin, manakala gaya klasik pula lebih kepada bingkai kayu, ukiran dan kemasan kayu semula jadi.

4. Fungsi vs Estetik

Setiap dapur perlu seimbang antara fungsi dan gaya. Jangan terlalu mengejar gaya dan nilai estetika sehingga mengorbankan kegunaan kabinet dapur anda untuk fungsi harian. Pastikan kabinet direka dengan pembahagian dalaman yang sesuai. 

Antara interior dalaman yang anda perlu ambil kira adalah laci untuk sudu dan garpu, rak boleh tarik untuk bahan mentah, dan ruang khas untuk periuk besar atau peralatan elektrik. Pemilihan jenis rak terbuka mungkin nampak moden, tapi tidak praktikal untuk kawasan dapur yang mudah berminyak dan sukar untuk dicuci. 

Dapur yang baik adalah dapur yang memudahkan pergerakan dan penyimpanan, bukan sekadar cantik untuk gambar Instagram sahaja. Pertimbangkan juga kemasan ‘soft close’ untuk pintu dan laci supaya lebih selamat dan tahan lama.

5. Jenis Rumah (High Rise vs Landed)

Jenis rumah anda juga menentukan reka bentuk kabinet dapur yang sesuai. Bagi rumah high rise seperti apartment dan kondominium, ruang biasanya lebih terhad. Maka, kabinet perlu direka secara kompak, berfungsi dan banyak ruang simpanan menegak (ke atas). Pilihan seperti kabinet gantung tinggi, rak terbuka dan laci tersembunyi sangat membantu menjimatkan ruang.

Sebaliknya, bagi rumah landed seperti teres, semi-D atau banglo, anda mungkin ada lebih kebebasan dari segi saiz dan reka bentuk dapur. Anda boleh memilih kabinet jenis island island, kabinet berbentuk U, atau malah bahagikan dapur kepada dua zon: dapur kering dan dapur basah. Dengan ruang yang lebih luas, pemilik rumah landed juga boleh menggunakan material lebih berat seperti kayu solid atau batu semula jadi untuk countertop.

Pemilihan kabinet dapur memerlukan pertimbangan yang seimbang antara ruang, keperluan harian, gaya hidup dan bajet. Jangan terburu-buru memilih berdasarkan trend semata-mata. Sebaliknya, fahami keperluan dapur anda, ukur ruang dengan tepat, dan pilih material serta reka bentuk yang sesuai untuk penggunaan jangka panjang.

Dapur yang baik bukan hanya cantik di mata, tetapi juga praktikal untuk kegunaan harian. Jika anda mahukan konsultasi percuma untuk pemilihan kabinet dapur yang sesuai bagi rumah anda, hubungi The Cabinet Maker hari ini.

almari kabinet dapur