perbezaan formica dan melamine

7 Perbezaan Kabinet Dapur Formica vs Melamine (Edisi 2025)

Masih keliru nak pilih antara Formica atau Melamine untuk kabinet dapur anda? Dalam artikel ini, kami akan kupas segala yang anda perlu tahu tentang kabinet dapur Formica vs Melamine, dari A hingga Z supaya anda boleh buat keputusan yang tepat, bijak dan tahan lama.

Jika anda sedang merancang untuk memasang pintu kabinet dapur baharu, khususnya jenis kabinet dapur moden bajet yang tahan lasak dan mudah dijaga, anda wajib faham perbezaan antara dua material yang paling banyak digunakan di Malaysia ini: Formica dan Melamine.

Apa yang ramai tidak tahu, Formica dan Melamine bukanlah bahan utama dalam struktur kabinet, sebaliknya merupakan lapisan penutup (finishing) yang disapukan pada permukaan luar kabinet. Lapisan inilah yang berfungsi sebagai perlindungan terakhir, memberikan nilai estetik, ketahanan, dan kemasan yang kemas serta menarik pada pintu atau permukaan kabinet anda.

kabinet dapur formica vs melamine

Namun begitu, masih wujud banyak salah faham. Ada yang menganggap kabinet Melamine murah dan tidak tahan lama. Ada pula yang fikir Formica hanya untuk dapur mahal dan mewah. Hakikatnya, kedua-dua bahan ini ada kekuatan dan kelemahan tersendiri.

Artikel ini akan bantu anda melihat dengan lebih jelas, supaya anda dapat pilih material yang bukan sahaja sesuai dengan bajet dan gaya hidup, tapi juga menjadi pelaburan jangka panjang untuk tujuan estetika dan keselesaan keluarga anda.

“Kedua-dua Formica dan Melamine adalah engineered surfaces yang popular—namun fahami perbezaan mereka kerana ia boleh menentukan ketahanan dan nilai jangka panjang dapur anda.”
— dirujuk dari NKBA (Trends in Engineered Surfaces for Kitchens & Baths, 2023)

Kabinet Dapur Formica 101

kabinet dapur formica vs melamine

Kabinet dapur Formica menggunakan laminasi tekanan tinggi (High Pressure Laminate – HPL) yang lebih tebal dan tahan lama berbanding Melamine. Ia dilekatkan pada papan blockboard atau papan lapis berkualiti tinggi dan memberikan ketahanan tinggi terhadap haba, lembapan dan calar.

Formica juga dikenali kerana memberikan sedikit efek ‘kilat’ atau berkilau pada permukaan kabinet, menjadikan ia kelihatan lebih premium. Kebiasaannya, reka bentuk kabinet jenis ‘plain’ (tidak bercorak) lebih sesuai untuk kemasan Formica. 

Kelebihan Formica

Formica sering menjadi pilihan dalam projek kabinet dapur custom kerana:

  • Tahan haba tinggi – sesuai untuk dapur yang sering digunakan.
  • Permukaan berkilat moden – nampak mewah, sesuai untuk reka bentuk dapur moden.
  • Kalis air & calar – sesuai untuk rumah dengan anak kecil.
  • Pelbagai variasi warna – pilihan warna Formica daripada matte, bertekstur, ke glossy.

Kelemahan Formica

  • Harga lebih mahal berbanding Melamine.
  • Pemasangan memerlukan kemahiran tinggi.
  • Jika pemasangan tak kemas, tepi Formica boleh terkupas.

Kesesuaian Formica

Sesuai untuk pemilik rumah yang mahukan kabinet dapur tahan lama, yang kerap memasak, dan mahukan gaya premium tanpa perlu ditukar setiap 5 tahun.

 

Kabinet Dapur Melamine 101

Kabinet dapur dua warna melamine

 

Kabinet dapur Melamine ialah sejenis laminasi nipis yang ditekan pada permukaan papan chipboard. Lapisan ini menjadikan permukaan kabinet licin, mudah dibersihkan dan tahan calar secara sederhana.

Melamine biasanya hadir dalam corak kayu atau solid color. Anda boleh pilih warna dan corak secara bebas, namun kebanyakan rekaannya berasaskan corak kayu semula jadi. Ini menjadikannya sesuai untuk kabinet dapur moden bajet yang tetap kelihatan estetik dan praktikal.

Kelebihan Melamine

  • Harga bajet – sangat sesuai untuk kabinet dapur murah atau kabinet modular Melamine.
  • Permukaan mudah dibersih.
  • Pilihan warna moden – sesuai untuk dapur kecil dan konsep minimalis.
  • Tahan calar sederhana dan tidak mudah pudar.

Kelemahan Melamine

  • Tahap ketahanan haba yang sederhana – tidak sesuai diletak berhampiran dapur gas tanpa perlindungan tambahan.
  • Kurang tahan air jika berlaku kebocoran jangka panjang.
  • Lebih mudah menggelupas jika rosak pada bahagian tepi.

Kesesuaian Melamine

Ideal untuk pemilik rumah baru, pasangan muda, atau sesiapa yang mahu kabinet dapur bajet dengan gaya moden dan praktikal.

Material Asas

  • Formica biasanya dilekat pada papan lapis atau MDF berkualiti tinggi.
  • Melamine dilekat pada papan chipboard atau MDF Melamine.

Penjagaan Harian

Dari segi penjagaan, sebenarnya kabinet dapur formica lebih susah dijaga kerana permukaannya yang berkilat menyebabkan kesan seperti cap cari lebih mudah dilihat berbanding kabinet dapur jenis melamine. Namun begitu, jika anda memilih melamine, elakkan penggunaan haba yang tinggi berdekatannya bagi memastikan ia tahan lama.

Ketebalan Material

  • Formica HPL lebih tebal (0.7 – 1.2mm) berbanding lapisan Melamine (0.3 – 0.6mm).
  • Ini menjadikan Formica lebih kukuh dan kalis hentakan.

Ketahanan Calar & Haba

Formica menang dari segi ketahanan haba dan calar. Ia mampu bertahan walau kerap letak periuk panas. Manakala melamine pula tahan sederhana. Ia memerlukan alas supaya haba tidak kena terus padanya untuk jangka hayat lebih lama.

Pilihan Warna & Tekstur

  • Formica: Ada permukaan berkilat, matte, dan sesuai untuk kabinet design yang tidak bercorak
  • Melamine: Fokus pada pilihan warna neutral dan corak berasaskan kayu.

Resale Value

Rumah dengan kabinet dapur Formica biasanya ada nilai jual semula lebih tinggi berbanding Melamine, kerana persepsi “premium” dan daya tahan.

Perbezaan Kabinet Dapur Formica vs Melamine

kabinet dapur formica vs melamine

Harga Kabinet Dapur Melamine dan Formica

Harga kabinet Melamine bermula sekitar RM180 – RM300 per kaki, manakala kabinet Formica boleh mencecah RM350 – RM600 per kaki, bergantung pada reka bentuk dan material asas.

Perbezaan antara kabinet dapur Formica vs Melamine bukan sekadar soal harga. Ia adalah tentang keutamaan anda: sama ada mahukan gaya premium dan tahan lasak, atau keutaman anda dengan bajet yang terhad.

Gunakan Melamine untuk dapur ringan dan bajet, tapi pilih Formica untuk dapur utama atau jika anda mahukan kabinet kalis calar dan tahan haba tinggi.

Jangan biarkan salah pilih material menjejaskan nilai rumah anda. Hubungi The Cabinet Maker hari ini dan dapatkan sebut harga.

kabinet dapur formica vs melamine