Almari baju adalah satu komponen yang paling penting bagi sesebuah rumah. Jika kabinet dapur menjadi tumpuan utama bagi sebuah rumah, almari pula memastikan rumah sentiasa teratur dan kemas. Almari bukan sahaja boleh digunakan untuk menyimpan pakaian, namun boleh juga dijadikan tempat simpanan barangan yang besar atau bulky.
Kelebihan Almari Baju Built In
Kelebihan utama menempah almari built in berbanding membeli almari siap di kedai perabot adalah adalah almari dapat dibina full height ke siling dan ruang dapat digunakan sepenuhnya tanpa pembaziran. Kebiasaannya ruang atas di gunakan untuk menyimpan barangan besar seperti kotak, bantal extra dan juga tilam.
Ada beberapa jenis almari yang boleh dipilih untuk rumah anda mengikut kesesuaian dan juga design yang diingini. Kami cuba senaraikan 3 jenis almari yang biasa ditempah pelanggan yang memilih pakej kabinet lengkap kami. Dalam pakej kabinet lengkap ini kami sediakan kabinet dapur, almari, tv kabinet beserta kabinet kasut. Boleh pilih mengikut bajet dan citarasa. Masuk rumah goyang kaki sahaja.
Almari Baju Swing Door
Almari swing door adalah jenis yang paling biasa kita lihat di kedai perabot. Antara kebaikan almari swing door yang custom made dari kilang adalah kita boleh menyusun design dalaman almari mengikut kehendak dan keperluan. Boleh tambah ruangan laci dan juga tempat gantung baju mengikut saiz dan juga ruang yang ada. Kebiasaannya almari menggunakan material jenis melamine dengan kos lebih rendah namun jika anda meminati almari jenis klasik boleh juga menempah dengan material pintu jenis MDF atau nyatoh.



Almari Baju Sliding Door
Jika anda ingin menjimatkan ruangan dalam bilik atau ruang bilik terhad untuk pintu jenis swing door, kami akan menasihatkan untuk menempah almari jenis sliding door. Almari sliding door ini menggunakan aksesori jenis anti-jump yang menghalang pintu daripada terkeluar dari landasan. Ada dua pilihan pintu untuk sliding door, satu jenis melamine biasa atau boleh juga gunakan pintu jenis cermin.



Almari Terbuka (Open Wardrobe)
Almari terbuka biasanya dibuat untuk bilik yang mempunyai ruangan khas di sudut bilik untuk almari sahaja. Sebaiknya kawasan yang tertutup supaya habuk tidak terlalu banyak terkumpul di dalam almari kerana ianya tidak mempunyai sebarang pintu.
Jika dapat di atur dan disusun dengan baik, open wardrobe memang sangat cantik untuk di bina di rumah anda.
Almari jenis built in ini tidak boleh dipindahkan selepas dipasang, klien harusnya berkomunikasi dengan jelas bersama designer supaya kedudukan almari sesuai dengan kehendak dan keperluan bilik.
Sekiranya anda bercadang untuk membina almari untuk rumah anda, bolehlah hubungi konsultan kami untuk dapatkan anggaran harga dan juga konsultansi PERCUMA.