Biasanya pelanggan kabinet yang memilih kabinet jenis spray paint diberi dua pilihan material untuk panel depan samada MDF atau Nyatoh. Apakah perbezaan kedua-dua material ni? Material mana lebih sesuai dan cantik? Ikuti artikel ini untuk ketahui beza kabinet MDF dan Nyatoh.
Material nyatoh ini diperbuat daripada kayu sebenar dari pokok. Jika di zaman 90-an dahulu, kayu nyatoh ini cukup terkenal sebagai kabinet dapur dan finishing yang digunakan adalah jenis syelek supaya lebih jelas corak kayu pada permukaan kabinet.
Menurut Wikipedia:
Pokok Nyatoh merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Ganua hirtiflora (Ridley) Van Royan.
MDF pula adalah singkatan kepada medium density fibreboard atau sejenis material yang di proses dari gentian kayu, resin dan lilin. Disebabkan MDF tidak mempunyai corak kayu, finishing spray paint biasanya digunakan untuk mendapatkan hasil yang cantik untuk kabinet.
Pilihan panel pintu kabinet yang digemari oleh pelanggan adalah jenis shaker door yang merupakan gaya unit dapur yang mempunyai panel tengah datar dan tepi persegi, dengan butiran atau profil minimum. Reka bentuk kabinet Shaker berbentuk simetrik tiada corak dan hiasan yang rumit. Kedua-dua material MDF dan Nyatoh boleh menghasilkan efek shaker door. Boleh lihat contoh di bawah ini. Gambar lain boleh layari galeri kami.
Gambar Menunjukkan Beza Kabinet MDF dan Nyatoh


Kebaikan Kabinet Panel MDF
Kelebihan utama bagi material MDF adalah ia tidak terpengaruh dengan perubahan suhu persekitaran. Ini menyebabkan cat yang di sembur ke panel pintu tidak akan merekah. Di samping itu juga permukaan panel akan menjadi lebih licin tanpa serat kayu. Di The Cabinet Maker , kami memastikan MDF yang digunakan adalah jenis HMR (High Moisture Resistance) untuk memastikan material tahan daripada kelembapan dan air.
Kelebihan Kabinet Panel Nyatoh
Nyatoh solid wood menggunakan pokok asli menghasilkan struktur yang kuat dan kukuh. Ia juga menjadi pilihan mereka yang sukakan kabinet gaya klasik dengan finishing berkilat syelek atau lacquer. Material ini juga boleh menghasilkan pelbagai jenis corak klasik yang elegan.

Anda peminat kabinet klasik atau moden?
Secara keseluruhannya, material MDF dan Nyatoh solid wood mempunyai kelebihan yang berbeza. Tuan rumah yang menentukan apakah vibes dan mood yang diinginkan di ruang dapur anda. Semestinya dapur wajib dicantikkan kerana setiap hari kita akan ke dapur.
Inilah jadual beza kabinet MDF dan Nyatoh.
| Aspek / Topik | MDF (HMR) | Nyatoh (Solid Wood) |
|---|---|---|
| Apa itu material | Medium-Density Fibreboard – papan komposit daripada gentian kayu, resin & lilin. Tidak bercorak kayu. | Kayu asli diperbuat daripada pokok Nyatoh, material solid. |
| Finishing popular | Spray paint (cat sembur) menjadi pilihan utama. | Spray paint atau syelek / lacquer berkilat. |
| Ketahanan terhadap cuaca / kelembapan | Tidak terpengaruh perubahan suhu. Gunakan jenis HMR (High Moisture Resistance) – tahan kelembapan & air. | Kayu solid – kuat dan kukuh, tetapi boleh mengembang/kecut ikut cuaca. |
| Tekstur dan kemasan permukaan | Permukaan sangat licin tanpa serat kayu. | Menampilkan corak dan tekstur kayu asli yang elegan. |
| Gaya reka bentuk | Sesuai untuk rekaan moden – panel shaker door. | Sesuai untuk gaya klasik dengan finishing mewah. |
| Kelebihan khusus | – Stabil terhadap suhu – Permukaan licin – Kalis kelembapan (jika HMR) – Tidak mudah retak (cat) | – Struktur kukuh |
| Pilihan berdasarkan mood / keinginan | Cocok untuk dapur minimalis, moden, permukaan rata kemasan cat. | Pilihan untuk peminat kabinet klasik, tradisional dan bercorak kayu. |
Dapatkan konsultansi Percuma daripada Konsultan Kabinet kami atau boleh singgah ke showroom kami di Bangi Gateway.


