Design Dapur Moden

3 Design Dapur Moden Untuk Rumah Landed & High Rise (2025)

Artikel ini adalah panduan lengkap yang akan membincangkan 3 konsep design dapur moden terkini, lengkap dengan spesifikasi material, saiz, kelebihan serta perbandingan terus antara dapur untuk rumah landed dan rumah high rise. 

Ramai pembeli rumah di Malaysia hingga hari ini masih percaya bahawa:

 

“Design dapur moden cuma untuk rumah besar & mewah.”

“Kos design dapur moden sangat mahal.”

“Design moden cepat rosak, tak tahan lama.”

Hakikatnya, dengan perancangan yang teliti dan material yang betul, anda boleh miliki design kabinet dapur moden yang elegan, tahan lama dan sesuai dengan bajet walaupun serendah RM20,000.

Dalam industri kabinet dapur, terdapat banyak vendor yang menjual design tetapi tidak menjual kualiti. Kami di The Cabinet Maker bukan sekadar memasang kabinet, bahkan kami merancang dari sudut struktur, ergonomik dan gaya hidup pemilik. 

Artikel ini akan bantu anda pilih design dapur moden terbaik, berdasarkan pengalaman kami, serta rujukan design yang boleh anda pilih berdasarkan citarasa dan bajet anda.

“Apabila membincangkan tentang reka bentuk dapur, fungsi adalah elemen utama… reka bentuk dapur moden kini harus memenuhi pelbagai keperluan pengguna, termasuk kemudahan memasak, kawasan simpanan, serta ruang untuk bersosial.” — RumahHQ, 2024

1. MDF CNC Panel (Nippon Paint Ash Grey)

Design Dapur Moden

Pilihan Material Kabinet Dapur

MDF dengan kemasan CNC dan warna Deep Teal menawarkan elemen eksklusif untuk pemilik rumah yang mahu tampil berani. Material MDF berkualiti tinggi ini dilapisi PU tahan haba, air dan calar.

Saiz Kabinet Dapur

Kabinet bawah: 720mm tinggi x 560mm dalam
Kabinet atas: 600mm tinggi x 300mm dalam
Disarankan untuk rumah landed dengan layout dapur terbuka.

2. MDF Top Quartz (Apple Grove Dulux)

Design Dapur Moden

Pilihan Material Kabinet Dapur

Gabungan struktur MDF yang tahan lembap dan countertop Quartz Sage Grey menjadikan dapur lebih mewah serta mudah dijaga. Quartz juga tahan suhu panas, sesuai untuk dapur yang digunakan secara aktif.

Saiz Kabinet Dapur

Kabinet bawah: 750mm tinggi (termasuk top)
Kabinet atas: 900mm tinggi
Sesuai untuk design dapur moden kecil di kondominium.

3. MDF (Jotun Vanila)

Design Dapur Moden

Pilihan Material Kabinet Dapur

Kemasan Ash Grey matte sesuai untuk gaya minimalis. Material ini ringan, mudah diselenggara dan mencipta persekitaran yang tampak bersih, ideal untuk mereka yang sukakan design dapur moden simple.

Saiz Kabinet Dapur

Disyorkan untuk dapur bersaiz kecil:
Kabinet bawah: 700mm
Kabinet atas: 500mm
Sesuai untuk high rise dengan ruang dapur terhad.

Design Dapur Moden: Rumah Landed vs High Rise

Design dapur moden sangat bergantung kepada jenis kediaman anda, sama ada rumah bertingkat tinggi (high rise) seperti kondo dan apartment, ataupun rumah bertanah (landed) seperti rumah teres dan banglo. Perbezaan ini bukan sekadar pada saiz ruang, tetapi melibatkan struktur bangunan, pencahayaan semula jadi, sistem utiliti dan gaya hidup penghuni. 

1. Ruang 

Rumah Landed:
Kelebihan utama rumah landed adalah ruang yang lebih luas dan fleksibel. Oleh itu, susun atur seperti U-shape, kitchen island, atau Peninsula kitchen sangat ideal kerana memudahkan pergerakan. Pemilik rumah landed juga biasanya memilih untuk mengasingkan dry kitchen dan wet kitchen, yang menjadikan zon memasak lebih kemas dan teratur.

Rumah High Rise:
Bagi high rise unit seperti apartment atau kondominium, ruang dapur biasanya lebih padat dan berkongsi kawasan dengan ruang makan atau ruang tamu (open layout). Oleh itu, susun atur galley kitchen, L-shape atau one-wall kitchen lebih sesuai. Reka bentuk ini memanfaatkan ruang yang kecil dan memudahkan akses kawasan yang terhad.

2. Aksesori 

Rumah Landed:
Lebih ruang bermaksud lebih kebebasan untuk tambah aksesori seperti pull-out pantry besar, laci pinggan mangkuk bertingkat dan trolley island boleh alih. Pemilik rumah landed juga cenderung memilih sistem corner swing dan cabinet lift-up untuk ruang atas yang tinggi.

Rumah High Rise:
Bagi ruang kecil, aksesori seperti rak tarik penuh (full extension drawer), rak sudut pusing (lazy susan) dan soft-close system membantu memaksimumkan penggunaan ruang tanpa mengganggu struktur asal. 

3. Pencahayaan

Rumah Landed:
Biasanya mendapat pencahayaan semula jadi lebih banyak kerana mempunyai tingkap yang besar dan banyak. Oleh itu, gabungan natural lighting, downlight LED dan pendant light atas kitchen island membangkitkan suasana moden dan mesra pengguna.

Rumah High Rise:
Sering kali terhad dari segi sumber cahaya semula jadi. Solusinya ialah penggunaan task lighting LED, spotlight bawah kabinet dan strip light di bahagian bawah laci untuk menerangi kawasan kerja di dapur. Ini bukan saja menambah gaya, tapi juga meningkatkan fungsi keselamatan ketika memasak.

4. Bahan Kabinet

Tidak kira jenis rumah, bahan yang digunakan untuk kabinet dapur moden mestilah tahan lasak, mesra iklim tropika dan mudah diselenggara. Berikut adalah jenis bahan kabinet yang sering digunakan:

  • MDF Anti-Lembab: Sesuai untuk dapur basah, tidak mudah kembang atau reput.
  • Quartz Premium: Tahan calar, panas dan senang dibersihkan
  • Kemasan PU Paint (2K/3K): Warna tahan lama, pilihan berkilat atau matte ikut citarasa anda.

5. Keluasan Dapur 

Rumah Landed:
Kebiasaannya mempunyai dapur bersaiz 120–200 kaki persegi. Ini membolehkan rekaan open kitchen, zon penyediaan, ruang island serta ruang santai serba lengkap. Ruang yang luas juga boleh dimanfaatkan dengan reka bentuk kabinet tinggi ke siling.

Rumah High Rise:
Ruang terhad sekitar 60–100 kaki persegi memerlukan reka bentuk padat tetapi efisien. Di sinilah rekaan modular dan sistem kabinet menegak memainkan peranan penting untuk kabinet dapur moden ruang kecil.

6. Peralatan Dapur

Rumah Landed:
Boleh menempatkan peralatan besar seperti 2-door fridge dan oven bersaiz penuh.

Rumah High Rise:
Biasanya menggunakan peralatan bersaiz kompak untuk menjimatkan ruang.

Untuk memastikan dapur moden kekal kemas dan minimalis, integrasi peralatan dapur seperti hob & hood, oven jenis bina dalam (built in oven) dan microwave tertanam adalah penting dan dapat menjimatkan ruang.

7. Kos Pemasangan Kabinet

Berikut adalah anggaran kos pemasangan kabinet berdasarkan harga The Cabinet Maker:

  • High Rise / Kecil: RM15,000 – RM18,000
  • Rumah Landed / Sederhana & Besar: RM18,000 – RM25,000

Kos ini termasuk:
1. Reka bentuk 3D
2. Material premium
3. Aksesori dalaman
4. Countertop kuarza
5. Pemasangan penuh oleh pasukan berpengalaman

“Reka dapur moden adalah pelaburan kepada nilai rumah dan produktiviti harian, pilihlah dengan bijak.” — National Kitchen & Bath Association (NKBA), 2025 Kitchen Trends Report

Design dapur moden bukan lagi eksklusif untuk golongan elit. Dengan bajet sekitar RM20,000, anda boleh miliki dapur impian yang bukan sahaja cantik tetapi juga tahan lama, praktikal dan sesuai untuk rumah anda, sama ada landed atau high rise.

Untuk merealisasikan dapur impian anda, anda perlukan pakar yang faham struktur rumah, material tempatan dan bajet anda.

Hubungi The Cabinet Maker hari ini dan dapatkan konsultasi percuma untuk design dapur moden rumah anda. 

Design Dapur Moden