Idea Kabinet Dapur Moden

Idea Kabinet Dapur Moden Pilihan Ramai


Konsep dapur moden terbuka dapat memberikan pengudaraan yang baik dan dapat dilihat daripada bahagian luar dapur ianya memberikan dapur anda tampak lagi luas dan mewujudkan konsep dapur moden. Selain itu juga pengudaraan di dalam rumah akan nampak lebih tenang dan tidak banyak dinding untuk menghalang laluan. Idea kabinet dapur moden ini biasanya digunakan pada rumah jenis kondominium atau apartment kerana bentuk fizikal saiz rumah.

kabinet dapur moden mdf dengan kaunter bar
Kabinet English Style dengan Shaker Door

Pemilihan Warna Dinding Untuk Dapur Moden


Seterusnya, warna dinding dapur memainkan peranan penting dalam memberi kesan konsep kabinet moden salah satu warna iaitu light grey. Warna ini juga mudah dipadankan dengan apa-apa pilihan warna pintu kabinet dapur atau dalam erti kata lain ‘warna selamat”. Serta padanan 2 tone warna juga memainkan peranan penting untuk menjadikan ruangan dapur tampak kemas. Oleh itu warna kebiasaanya dipilih mengikut citarasa anda dalam masa yang sama anda juga boleh mendapatkan khidmat konsultansi daripada pakar kerana mereka lebih tahu dalam pemilihan warna. Tambahan lagi, pemilihan backsplash memainkan peranan dalam mewujudkan konsep moden.


Kitchen island menjadi trend pemilik rumah pada masa kini, kerana ia memberi kesan moden kepada ruangan dapur anda. Selain menjadi ruang meja makan, kitchen island juga berfungsi sebagai ruang simpanan barang dan alatan dapur dan juga boleh menjadikan sebagai pembahagi ruang antara meja makan dan ruang dapur. Handle atau pemegang pintu yang sesuai untuk konsep moden adalah jenis hidden. Anda boleh memilih jenis potongan 45 degree atau konsep hidden handle. Untuk menambah lagi kesan moden, tabletop/worktop menggunakan porcelain/quartz jenis warna plain adalah yang terbaik.

kabinet dapur moden mdf
Kabinet MDF lengkap dengan peninsular

Pencahayaan Di Ruang Dapur


Selain itu, lampu gantung atau pendant light berfungsi sebagai pencahayaan. Ia juga memainkan peranan penting untuk mencantikkan ruang disamping menjadikan ruang kelihatan cantik, kemas serta nampak lebih ceria dengan penampilan dapur moden. Kedudukan yang sesuai adalah diletakkan pada centre bar counter atau kitchen island. Untuk lebih kesan moden pada kabinet, konsep under kabinet lighting warna warm white jenis strip light dan T5 sangat membantu mewujudkan konsep moden.

kabinet dapur moden mdf dengan pintu kaca
Pencahayaan di ruangan dapur yang baik menaikkan seri dapur

Apa Yang Kami Tawarkan


Kelebihan kami di The Cabinet Maker adalah ilustrasi 3D akan diberikan secara percuma kepada para pelanggan. Ilustrasi 3D ini berfungsi memberikan anda membuat pilihan dalam memilih kedudukan design dapur dan juga warna mengikut citarasa.

The Cabinet Maker menawarkan harga mampu milik kabinet dapur kepada orang ramai untuk merealisasikan impian bukan sahaja para wanita malahan golongan suami yang inginkan kepuasan dalam pemilihan kabinet dapur. Kabinet dapur moden menggunakan material jenis melamine, Aluminium 3G, 4G,Medium Density Fibre (MDF) atau Nyatoh (Kayu Asli/Solid Wood). Pada masa kini shaker door atau “English Style” menjadi pilihan yang boleh dibuat menggunakan material MDF atau nyatoh. Boleh lihat contoh di galeri kabinet kami.


Dapatkan konsultansi percuma mengikut ukuran ruang dapur anda dari konsultan kami dan anggaran harga akan diberikan mengikut pilihan material yang sesuai dengan bajet anda.