Proses Tempah Kabinet Rumah

Kabinet untuk rumah adalah satu komponen yang pasti difikirkan apabila membeli rumah. Kabinet bukan sahaja berfungsi sebagai ruang penyimpanan namun jika di susun dan dirancang dengan baik ia dapat menjadi komponen yang mencantik dan memberi nilai estetik kepada rumah.

Di The Cabinet Maker(TCM), konsultan kami akan memberikan nasihat mengenai cara penyusunan kabinet yang sesuai untuk pelanggan sesuai dengan ruang di rumah dan juga bajet yang sudah ditetapkan oleh pelanggan. Berikut adalah proses tempahan kabinet yang di lalui oleh pelanggan.

Konsultansi PERCUMA

Interaksi pertama dengan konsultan kami adalah untuk kami memahami dengan lebih baik apa kehendak pelanggan. Kebiasaannya pelanggan akan berkongsi ukuran atau ruang yang mereka bercadang untuk memasang kabinet seperti di dapur untuk kabinet dapur dan almari baju.

Konsultan kami akan memberikan anggaran kasar harga berdasarkan material yang dikehendaki oleh pelanggan atau kebiasaannya kami akan memberi rekomendasi mengikut bajet yang sudah ditetapkan. Anda juga boleh cuba kira anggaran harga kabinet sendiri menggunakan kalkulator kabinet kami di sini.

Site Inspection PERCUMA

Jika pelanggan setuju dengan anggaran harga yang diberikan oleh konsultan, satu tarikh yang sesuai akan di tetapkan untuk pasukan interior designer kami ke rumah pelanggan untuk mengambil ukuran yang lebih tepat dan pihak kami akan memberikan sebut harga rasmi.

Site inspection Percuma

Pengesahan Tempah Kabinet & Pemilihan Material

Selepas pelanggan bersetuju dengan sebut harga rasmi dari pihak The Cabinet Maker, mereka boleh membayar pengesahan booking berjumlah RM1000 yang termasuk dalam jumlah sebut harga tersebut. Pelanggan boleh memilih warna dan material yang akan dimasukkan dalam proses 3D design nanti.

Unlimited 3D Design

Proses yang seterusnya untuk tempah kabinet adalah designer kami akan menyediakan 3D design mengikut material dan warna yang dipilih oleh pelanggan sesuai dengan ruang di rumah. 3D design ini adalah percuma dan tiada had perubahan yang ditetapkan, anda boleh ubah design hingga puas hati.

tempah kabinet free 3d design

Pengesahan Design & Proses Pembuatan (Production)

Setelah pelanggan berpuas hati dengan design yang disediakan, pihak kami akan meneruskan dengan pengesahan 2D design dengan lebih perincian seperti kedudukan plug, tinggi kabinet, warna kabinet dan lain-lain.

Seterusnya kilang akan memulakan proses pembuatan mengikut semua perincian yang sudah dipersetujui.

Pemasangan

Kebiasaanya tempoh masa diperlukan adalah 3-4 minggu dari tarikh pengesahan design ke tarikh pemasangan. Pihak TCM akan memaklumkan lebih awal untuk mengesahkan tarikh sesuai untuk proses pemasangan.

tempah kabinet dapur

Kesimpulannya proses untuk tempah kabinet ini hanya merangkumi 6 langkah yang ringkas untuk memiliki kabinet yang lengkap di rumah anda.

Jika anda berminat untuk membina kabinet dapur di rumah, dapatkan nasihat PERCUMA dari konsultan kami. Klik di sini.

Boleh juga lawati showroom kami di Bangi Gateway untuk lihat material lebih dekat.