The Cabinet Maker - Pakar Kabinet Dapur Rumah

tentang kami

Bermula dari sebuah kilang perabot yang berdedikasi pada tahun 2017, The Cabinet Maker telah berkembang menjadi pakar terkemuka dalam penyelesaian perabot built-in khusus di Bandar Baru Bangi dan kawasan sekitarnya. Perjalanan kami bermula dengan satu minat yang tulus mencipta perabot berkualiti tinggi, berfungsi dan estetik yang menyatu sempurna dalam kehidupan dan ruang pelanggan kami.

Selama bertahun-tahun, para tukang kami yang berkemahiran tinggi telah mereka bentuk dan membina perabot secara teliti dari kilang kami sendiri, memperhalusi kepakaran serta membina reputasi atas kualiti luar biasa dan perhatian terhadap setiap perincian. Kami mencurahkan sepenuh jiwa dan raga dalam setiap projek, mengubah bahan mentah menjadi solusi peribadi yang memenuhi keperluan serta gaya unik setiap pelanggan.

tentang kami the cabinet maker

Kini, pada tahun 2025, kami teruja untuk melangkah ke fasa baharu yang lebih bermakna. Kami dengan bangganya telah membuka bilik pameran kami sendiri di Bangi Gateway simbol pertumbuhan dan komitmen kami dalam menyediakan pengalaman yang lebih mudah diakses dan menginspirasikan buat anda. Di ruang ini, anda boleh menyaksikan sendiri hasil pertukangan kami, membayangkan potensi ruang anda, dan berinteraksi terus bersama pasukan reka bentuk kami.

Lebih daripada itu, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perabot built-in kami yang berkualiti, kami turut memperluaskan kapasiti operasi dengan penubuhan kilang baharu berteknologi tinggi pada tahun 2025 dan ke hadapan. Langkah ini membolehkan kami meningkatkan keupayaan pengeluaran, mengadaptasi teknik inovatif, serta terus mengekalkan standard kualiti yang menjadi tunjang kepercayaan pelanggan kami selama ini.

Bagi kami di The Cabinet Maker, perabot built-in bukan sekadar tempat penyimpanan ia adalah seni mencipta ruang yang harmoni, efisien, dan mencerminkan keperibadian serta gaya hidup anda. Sama ada anda mengimpikan dapur moden yang kemas, almari pakaian yang tersusun rapi, ruang kerja yang bergaya, atau pusat hiburan yang unik pasukan kami komited untuk merealisasikan visi anda.

Kenapa Pilih The Cabinet Maker?

Pakar Custom Kabinet

Kami adalah pakar dalam custom kabinet dapur. Bukan broker & freelancer seperti orang lain.

Material Ikut Bajet

Anda boleh pilih material kabinet dari 5G, MDF, Nyatoh, Melamince, Laminate & Quartz ikut bajet anda.

Ada Kilang Sendiri

Anda dapat pakar kabinet dapur rumah yang ada showoom dan kilang perabot sendiri di Bangi. 

Kabinet Berkualiti

Anda dapat kabinet dapur rumah yang berkualiti dari kami. Kami tak beri kabinet dapur yang defect. 

Sejak Tahun 2017

Kami konsisten dalam industri kabinet dapur rumah sejak tahun 2017 hingga kini. 

Showroom di Bangi

Anda boleh datang ke showroom kami untuk pilih jenis kabinet & material kabinet dapur rumah anda.

FAQ

Baca kompilasi FAQ berkaitan The Cabinet Maker di bawah.

Antara jenis kabinet yang anda boleh tempah adalah : 

  1. Kabinet Dapur
  2. Table top dapur
  3. Kabinet Kasut
  4. Kabinet TV
  5. Kabinet Display
  6. Kabinet Storage
  7. Kabinet Ruang Tamu
  8. Kabinet Almari (Wardrobe)

Antara material kabinet dapur yang anda boleh tempah adalah : 

  1. 5G
  2. MDF
  3. Nyatoh
  4. Melamine
  5. Laminate
  6. Quartz

Ya. Buat pengetahuan anda, The Cabinet Maker adalah brand di bawah IMPI Builders Sdn Bhd, sebuah syarikat Bumiputera yang sah dan berdaftar sejak tahun 2017. 

Kami mempunyai showroom sendiri di Bangi Gateway dan kilang perabot di Kajang & Bangi. 

Anda boleh hubungi kami di 016-612 6904 atau datang ke showroom kami di sini : Showroom Bangi Gateway.

1. Konsultansi
Anda akan dapat anggaran harga dapur ikut ukuran kasar / pelan rumah anda.

2. Site Visit PERCUMA
ID kami akan dapatkan ukuran sebenar di tapak. Quotation rasmi akan dikeluarkan.

3. Booking & Pilih Material
Sahkan tempahan untuk dapatkan 3D design dan buat pemiluhan warna kabinet dan material kabinet.

4. Design 3D
Anda akan dapat 3D Design dan boleh ubah design tanpa had.

5. Pengesahan & Pembuatan
Selepas design dipersetujui, deposit 50% dan proses pembuatan akan dimulakan oleh tim kami.

6. Pemasangan
Pemasangan kabinet rumah anda akan dibuat pada tarikh yang dipersetujui. Selesai.