Material Kabinet Dapur

Dari RM6,890

Material Kabinet Dapur

Material kabinet dapur merupakan aspek penting dalam perancangan ketahanan, gaya dan bajet keseluruhan dapur rumah anda. Antara pilihan material kabinet dapur yang popular untuk custom-build adalah 5G, MDF, Nyatoh, Melamine, Laminate dan Quartz. Setiap material kabinet dapur ada kelebihan tersendiri dari segi tahan lasak, tekstur, kesesuaian bergantung kepada penggunaan harian, cita rasa design dan bajet anda.

6 Material Kabinet Dapur

5g

5G

Pintu kabinet berkilat moden dari acrylic/PET atas MDF. Tahan lembap, mudah lap, sesuai untuk dapur minimalis.

MDF

Papan kukuh dan rata, sesuai untuk pintu bercat atau laminate. Bajet dan fleksibel. Elakkan terkena air terus.

Nyatoh

Kayu solid tropika yang tahan lama dan nampak natural. Sesuai untuk dapur klasik. Perlu dilindung dengan varnis.

Melamine

Chipboard bajet bersalut tahan calar. Banyak corak. Sesuai untuk dapur ringan & rumah sewa. Kurang tahan air.

Laminate

Lebih tahan calar, haba dan lembap berbanding melamine. Banyak warna dan tekstur. Mudah dijaga.

Quartz Tabletop

Countertop premium yang tahan calar, air & panas. Nampak mewah, sesuai untuk dapur utama. Senang dibersih.

Perbandingan Material Kabinet

Kabinet

Harga (Dari)

Design

Sesuai

5G (Arcylic Gloss)

RM12,000

Berkilat, moden, reflektif

Dapur moden, minimalis

MDF

RM12,000

Boleh cat, bentuk ukiran

Dapur moden, dapur kering

Nyatoh

RM13,500

Klasik, kayu asli

Klasik, rustik

Melamine

RM7,500


Bajet, pelbagai corak

Rumah sewa, dapur ringan

Laminate

RM7,500

Tahan lasak, banyak tekstur

Dapur aktif & keluarga besar

Quartz

RM13,500

Mewah, granit-look

Tabletop dapur basah & kering

Galeri Material Kabinet

Info Tambahan

Info tambahan untuk material kabinet dapur rumah anda

Kenapa Pilih The Cabinet Maker?

Pakar Custom Kabinet

Kami adalah pakar dalam custom kabinet dapur. Bukan broker & freelancer seperti orang lain.

Material Ikut Bajet

Anda boleh pilih material kabinet dari 5G, MDF, Nyatoh, Melamince, Laminate & Quartz ikut bajet anda.

Ada Kilang Sendiri

Anda dapat pakar kabinet dapur rumah yang ada showoom dan kilang perabot sendiri di Bangi. 

Kabinet Berkualiti

Anda dapat kabinet dapur rumah yang berkualiti dari kami. Kami tak beri kabinet dapur yang defect. 

Sejak Tahun 2017

Kami konsisten dalam industri kabinet dapur rumah sejak tahun 2017 hingga kini. 

Showroom di Bangi

Anda boleh datang ke showroom kami untuk pilih jenis kabinet & material kabinet dapur rumah anda.

FAQ

Baca kompilasi FAQ berkaitan material kabinet dapur di sini

Ya, 5G ialah pilihan popular untuk kabinet dapur moden kerana ia berkilat tinggi, nampak eksklusif dan mudah dibersihkan.

Quartz ialah material kabinet dapur premium untuk tabletop kerana ia kalis air, tak mudah calar, dan tampil mewah seperti batu marble.

MDF ialah papan komposit mudah dibentuk dan dicat, manakala Nyatoh ialah kayu solid semula jadi yang tahan lebih lama tapi perlukan penjagaan lebih.

Laminate dan 5G antara yang paling mudah dijaga — hanya lap dengan kain lembap tanpa perlukan pembersih khas.

Ya, Melamine ialah material kabinet dapur bajet yang tahan calar ringan dan cukup kuat untuk kegunaan biasa, terutama untuk rumah sewa atau dapur ringan.

Boleh! Ramai pelanggan kami guna Melamine untuk kabinet bawah, 5G untuk atas, dan Quartz untuk countertop – ikut fungsi dan bajet.

Lawati Showroom Kami

Dapatkan Sebut Harga
Material Kabinet Dapur Anda!

PERCUMA | SIAP 30 HARI

Dapatkan Sebut Harga Material Kabinet Dapur Anda!